Nuffnang Ads

Monday 9 April 2012

QARIN : PENDAMPING SETIAP MANUSIA..




Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah),


Aisyah berkata: "Aku merasa CEMBURU."
tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?"


Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."


Sabda Baginda: "Apakah engkau telah DIKUASAI oleh SYAITAN?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?"

Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin."

Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda: "YA, tetapi Allah MEMBANTUKU sehingga QARINKU telah MASUK ISLAM."

(Hadis Riwayat Muslim)


p/s : Qarin akan BERPISAH dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia..roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang..walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan DIHADAPKAN di hadapan Allah untuk DIADILI..tetapi Qarin akan BERLEPAS TANGAN dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu..♥♥


IHSAN DARI TAGGED

Wednesday 28 March 2012




Pesanan Imam Ghazali:


Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? 


Murid 1: Orang tua 
Murid 2: Guru 
Murid 3: Teman 
Murid 4: Kaum kerabat 

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

zulisnain: teramat benarlah apa yang dikatakan oleh Iman GHAZALI itu, mati lah yang paling dekat dengan kita, tapi sejauh manakah kita sebagai makhluk yang bernyawa menyedari akan hakikat itu sedangkan banyak kejadian yang berlaku dihadapan mata kita seperti pemergian orang tersayang, jiran tetangga atau sanak saudara bagi meyedarkan kan kita bahawa tidak ada satu makhluk yang bernyawa dimuka bumi ini akan kekal abadi dan janji Allah itu sesungguh nya benar dan tidak lewat atau cepat walau sedikit pun.

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? 


Murid 1: Negeri Cina 
Murid 2: Bulan 
Murid 3: Matahari 
 Murid 4: Bintang-bintang 

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 

zulisnain: masa yang telah berlalu sememangnya tidak dapat diputar kembali, walau secanggih mana pun teknologi sekarang atau yang akan datang, "past is past" cant be reverse, oleh itu, setiap kita iaitu makhluk yang bernyawa dan berakal seharus nya menggunakan waktu itu sebaik mungkin sebagaimana firma Allah "demi waktu, sesungguhnya manusia dalam kerugian". rugi bagi orang yang tidak menghargai waktu atau masa yang dia ada dan teramatlah waktu itu tidak mencukupi bagi mereka-mereka yang tahu betapa bernilai nya setiap detik dan saat yang mereka ada di penuhi dengan sesuatu yang bermanfaat .


 Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? 


Murid 1: Gunung 
Murid 2: Matahari 
Murid 3: Bumi 

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. 

zulisnain: sesungguhnya kita sedia maklum bahawa lelaki mempunyai satu nafsu dan sembilan akal manakala wanita pula mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita, saya percaya kita semua mudah tertunduk akan kemahuan hawa nafsu heheheh. lelaki dengan cara nya tersendiri begitulah dengan wanita...saya pasti anda semua sedia maklum dan mengerti apa yang saya katakan hehehehe

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia? 


Murid 1: Baja 
Murid 2: Besi 
Murid 3: Gajah 

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. 

zulisnain: amanah bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. setiap makhluk di muka bumi ini tidak terlepas daripada memikul beban amanah secar langsung atau tidak langsung. sebenar nya banyak amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita terutama sekali mereka yang beragama islam. amanah yang paling dekat dengan kita adalah menunaikan solat dan ia adalah wajib bg setiap makhluk yang beragama islam. 

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ? 


 Murid 1: Kapas 
Murid 2: Angin 
Murid 3: Debu 
Murid 4: Daun-daun 

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

zulisnain: tidak pernah terlintas difikiran kita apa yang diperkatakan oleh Imam Ghazali itu benar terang lagi bersuluh. meninggalkan solat adalah perkara paling ringan yang kita lakukan. dek kerana sesuatu perkara yang dirasakan lebih penting dan mendatangkan kekayaan, kita terleka dibuai oleh nya sehinnga solat kita terabai. perkara ini tidak perlulah untuk kita menuding jari kepada sesiapa, cuba lihat dan amati diri kita sendiri, adakah aku tergolong dalam jenis manusia sebegitu, tepuk dada tanya iman masing-masing. 


sama-samalah kita menghayati dan memuhasabah diri kita seta fikir-fikirkan apa yang diperkatakan oleh Imam Ghazali itu, semoga kita mendapat petunjuk dari Allah da menjadi hamba Nya yang taat, setia dan patuh pada perintah nya. ini adalah pesanan untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang membacanya.